KUALA KANGSAR: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRK P.067 membuktikan rakyat mahu melihat pembangunan Kuala Kangsar diteruskan.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie berkata, Datin Mastura Yazid juga adalah hadiah kepada penduduk di Kuala Kangsar.
Menurutnya, kemenangan itu jelas membuktikan rakyat memberikan sokongan kepada BN untuk meneruskan agenda perjuangan yang belum selesai.
``Terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberikan sokongan kepada BN dan parti akan terus memberikan khidmàt terbaik kepada rakyat.
"Kita akan meneruskan rancangan pembangunan demi kepentingan rakyat," kàtanya kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan calon BN itu di Dewan Jubli Perak pada Sabtu malam.
Kamil yang juga ADUN Manong berkata, pihaknya berterima kasih kepàda Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteŕi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besàr Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadiŕ kerana menyediakan pelbagai prasarana dan pembangunan di Kuala Kangsar.
PRK Kuala Kangsar menyaksikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan menewaskan tiga calon dari PAS, Amanah dan Bebas dengan majoriti 6,969 undi.
Mastura memperolehi 12,653 undi, Dr. Najihatussalehah Ahmad (5,684), Dr. Ahmad Termizi Ramli (Amanah) 4,883 dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) dengan 54 undi.