top of page
muinsapidin

Kekalahan Di Kuala Kangsar - DAP Salahkan PAS

KUALA KANGSAR: "Mereka seharusnya mengambil iktibar dan berhenti menolong UMNO untuk memecahkan undi pihak pembangkang," kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Menurutnya, kekalahan itu adalah berpunca daripada kedegilan PAS untuk bekerjasama dan mereka seharusnya mengambil iktibar daripada kekalahan Pilihan Raya Kecil ( PRK) P067 kali ini.

Sebelum ini, beliau pernah memberi peringatan kepada PAS untuk tidak bertanding supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN.

Katanya, meskipun keputusan jumlah undi Parti Amanah Negara (Amanah) hanya sebanyak 4,883, namun ianya berjaya menghantar satu isyarat jelas kepada PAS.

"Ianya merupakan satu kemenangan moral, kami dikalahkan tetapi kami tidak tewas.

"Ini merupakan satu petanda yang cukup memberangsangkan buat Amanah yang baru berusia 8 bulan," katanya kepada Suara Perak ketika dihubungi sejurus selepas keputusan pengundian diumumkan di Dewan Jubli Perak, di sini pada malam Sabtu.

Pada PRK P067 kali ini, calon BN memenangi undian rakyat dengan jumlah undi sebanyak 12,653 diikuti dengan PAS (5,684) dan Amanah (4,883) sementara Bebas ( 54).

Calon BN, Datin Mastura Yazid menang dengan majoriti 6969 undi.


20 views0 comments
bottom of page