top of page
muinsapidin

Kemenangan Ini Adalah Kemenangan Rakyat Kuala Kangsar ‎- Mastura

Datin Mastura Yazid menyifatkan kemenangan Barisan Nasional mengekalkan kerusi Kuala Kangsar sebagai kemenangan untuk rakyat Kuala Kangsar. Beliau berkata, majoriti 6,969 yang diperolehinya mengatasi tiga calon lain dari PAS, Amanah dan Bebas adalah manifestasi penerimaan rakyat Kuala Kangsar terhadap jasa arwah suaminya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

"Bagi saya, rakyat Kuala Kangsar adalah pemenang sebenar, mereka telah membuat keputusan inilah yang mereka mahukan. Mereka telah terjemahkan secara nyata dan jelas. "Saya dedikasikan kemenangan ini kepada arwah suami saya kerana tanpa usaha dan kerja beliau yang baik serta kasih sayangnya terhadap rakyat di sini, saya takkan berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya pada satu sidang media khas di rumahnya dekat Bukit Chandan pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau memberitahu perkara pertama yang akan dilakukan selaku Ahli Parlimen baru adalah untuk menziarahi kesemua 44 kampung yang terdapat di Kuala Kangsar. "Perkara pertama saya nak buat setelah dapat nasihat ilmuan agama mngenai eddah saya, saya ingin pergi ke semua kampung di Kuala Kangsar," ujarnya. Sementara itu beliau berkata, dirinya memerlukan sokongan penduduk Kuala Kangsar untuk memastikan perjuangan dapat diteruskan serta agenda pembangunan dapat dilaksakan. Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan pengorbanan jentera BN yang bersungguh-sungguh mmbantunya meskipun beliau tidak dapat keluar berkempen. "Setiap keringat mereka akan saya balas dengan iltizam dan kerja keras untuk merealisasikan lima agenda yang telah saya kemukakan sejak awal kempen. "Amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya akan cuba dilaksanakan dengan sepenuh daya serta usaha," ujarnya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan Mastura sebagai pemenang pada PRK Kuala Kangsar dengan undi majoriti 6,969.


24 views0 comments
bottom of page