top of page
muinsapidin

SPR Nasihat Pengundi Keluar Awal

KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi yang pilihan raya kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar dan P.093 supaya keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, ini bagi memastikan tidak berlaku kesesakan di pusat mengundi.

Menurut beliau, pusat mengundi akan akan dibuka mulai jam 8.00 pagi dan akan ditutup sepenuhnya pada jam 5.00 petang.

“Jangan menunggu sehingga di saat akhir dan jika cuaca tidak menentu, keluarlah lebih awal,’’ katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja semakan peralatan mengundi di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Jumaat.

Mohd Hashim berkata, seramai 74,997 pengundi bakal mengundi di PRK P.067 Kuala Kangsar (31,632) dan P. 093 Sungai Besar (42,365) pada 18 Jun ini.

Beliau menasihati pengundi supaya membuat semakan maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi, nombor saluran dan nombor siri dalam daftar pemilih.

“Ini perlu kerana terdapat sesetengah pengundi yang pusat pengundian mereka berubah berikutan pembetulan dan penyelarasan semula daerah–daerah mengundi bagi tujuan persempadanan semula,’’ ujarnya.

Mohd Hashim menasihati pengundi-pengundi supaya tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas SPR kerana ia mungkin disalahgunakan dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian.

Beliau turut menasihatkan majikan supaya membenarkan pekerja mereka yang mengundi di kedua-dua PRK ini untuk menunaikan hak mereka.

Beliau memberitahu, mana- mana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluar mengundi boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara setahun jika sabit kesalahan.

Mohd Hashim mengingatkan parti politik dan calon bahawa mereka tidak dibenarkan membuka barung kerana hanya barung SPR sahaja dibenarkan dibuka bagi kemudahan pengundi membuat semaka.

Mengenai peratusan pengundi yang dijangka keluar mengundi esok, Pengerusi SPR menjangkakan 75 peratus pengundi akan keluar mengundi di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.


20 views0 comments
bottom of page