top of page
muinsapidin

Pengundi Kuala Kangsar Lebih Mengenali, Percaya Mastura

KUALA KANGSAR: Kebanyakan pengundi P.067 Kuala Kangsar lebih mengenali dan mempercayai calon Barisan Nasional (BN- Datin Mastura Mohd Yazid.

Malah, rata-rata antara mereka yang ditemui, mengakui tidak langsung mengenali calon-calon lain daripada PAS, Amanah dan Bebas yang bertanding turut bertanding pada PRK Kuala Kangsar.

Sehubungan itu, mereka yakin bekas isteri Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu mampu melaksanakan tanggunjawab seperti arwah suaminya, jika diberi peluang.

Afendi Alang Dahari, 33, berkata, daripada semua calon yang bertanding dia hanya mengenali Mastura dan berdasarkan kepada pengetahuannya, calon BN itu seorang yang dan sentiasa utamakan kebajikan rakyat.

“Saya percaya dengan kekuatan dan kebolehan calon BN, dia tahu apa yang terbaik untuk orang Kuale, semoga Kuale dapat seorang pemimpin yang mampu berkhidmat dengan baik,” katanya ketika ditemui.

A.Johnson, 48, pula berkata, mereka daripada kaum India lebih mengenali Mastura kerana calon BN memang sudah sinonim dengan orang Kuala Kangsar.

“Dia bukanlah asing bagi kami sebab selalu turun padang tengok masalah masyarakat dengan arwah suaminya,” katanya sambil mengakui tidak pernah melihat kelibat calon-calon lain di Kuala Kangsar sebelum ini.

Nur Aisyah Mohd Khair Johari, 20, juga mengakui hanya mengenali Mastura kerana beberapa kali terserempak dengannya di pelbagai majlis seperti kenduri kahwin dan majlis rasmi.

“Kalau nak ikutkan pembangunan dan majukan Kuala, calon BN mungkin sesuai sebab sebelum ini pun, Kuale banyak membangun dengan kempimpinan daripada kerajaan BN,” ujarnya.

Erna Shartini Zairuslan, 28, pula berkata, setelah sekian lama tinggal di Bandar Diraja ini, dia hanya mengelai Mastura serta calon PAS dan tidak langsung mengenali calon Amanah dan Bebas.

“Bab calon mana yang saya lebih percaya untuk majukan kawasan di sini, sudah tentulah calon BN, bukan simpati atau sebagainya yang dimainkan pihak parti lain tetapi keyakinan saya pada kerajaan pimpinan BN yang sudah teguh dan kukuh,” tambahnya.

Berlainan dengan Iman Halim, 27, kerana dia tidak mengenali semua calon yang bertanding pada PRK Kuala Kangsar.

“Bagi saya yang terbaik pasti akan menang, tak kiralah siapa pun yang bertanding sebab kita mahukan pemimpin yang tahu pasal kedudukan rakyat di sini,” katanya.

Bagi Werdah Adnan, 26, dia hanya mengenali Mastura kerana melihatnya selalui menemani arwah suaminya dalam pelbagai program turun padang.

“Secara peribadi saya percaya dengan kebolehan Datin Mastura bangunkan kawasan di Kuala, kalau nak imbas kebaikan dan budi arwah suaminya dulu memang banyak sampaikan anak buah saya yang baru berusia 8 tahun pun kenal dengan arwah,” ujarnya.

Sementara itu, anak muda, Noor Ashikin Mat Aini, 17, dia dan keluarganya memang mengenali Mastura kerana selalu terserempat denganya di Kuala Kangsar dam tidak mengenali calon-calon lain.

“Bagi saya, tiada yang lebih layak untuk bangunkan bandar ini melainkan BN, sebab BN yang selalu ambil tahu masalah rakyat selain pembangunan di sini,” katanya sambil berharap Mastura memperolehi kemenangan.

Mohd Imran Azrai, 27, juga mengakui lebih mengenali Mastura dan yakin isteri Allahyarham Wan Khair-il itu mampu menjadi seorang wakil rakyat yang baik, seperti arwah suaminya.


29 views0 comments
bottom of page