top of page
muinsapidin

Pemandu Pengangkutan Awam Boleh Bantu Kemenangan BN

KUALA KANGSAR: Pemandu pengangkutan awam seperti teksi, kereta sewa dan limosin, boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK 067 Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Presiden myPPP, Tan Sri M. Kayveas berkata, mereka boleh menjadi ejen untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pelbagai program transformasi yang telah dilaksanakan kerajaan.

Beliau memberi contoh, mereka boleh memberi penjelasan mengenai Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan BR1M yang banyak membantu rakyat.

"Mereka boleh mempengaruhi pengundi untuk jelaskan bahawa selama ini kerajaan BN telah menjaga baik negara ini.

"Hanya sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai persepsi yang disebarkan melalui media sosial," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan komputer kepada Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (Limosin) Kuala Kangsar di sini pada Khamis.

Sementara itu, mengulas mengenai perletakan jawatan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita myPPP Kuala Kangsar, Kayveas berkata, ia adalah perkara kecil yang pertama kali berlaku di bawah pimpinan beliau.

"Tindakan itu menggambarkan sikap sebenar mereka dan membuktikan mereka tidak layak menjadi pemimpin," katanya sambil mengakui tindakan kumpulan itu amat menyedihkan beliau dan memalukan parti.


29 views0 comments
bottom of page