top of page
muinsapidin

Herdik Wartawan: Amanah Patut Mohon Maaf

KUALA KANGSAR: Tindakan beberapa petugas Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengherdik wartawan di Pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengamal media di yang membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Setelah berhempas pulas selama 16 hari bagi memberi ruang dan publisiti kepada parti yang belumpun setahun itu, pasukan pengamal media diberi habuan dengan hamburan kata-kata kesat dalam sidang media semalam.

Insiden antara Naib Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain dan sekumpulan wartawan di tangga pejabat Amanah semalam merupakan bukti bahawa segala penat lelah dan usaha keras untuk menerbitkan berita pihak pembangkang itu seperti sia-sia.

“Ini tempat aku, jangan langsi,” itulah antara herdikan kata-kata bongkak kepada salah seorang wartawan wanita yang hanya datang untuk menjalankan tugasnya.

Malah, insiden yang cukup memalukan buat parti yang baru sahaja mencuba masih meraih undi penduduk setempat itu menampakkan ketidakmatangan dan sifat tidak professional mereka.

Tambahan pula, wartawan yang hadir kesemuanya diundang melalui sebaran jemputan di dalam kumpulan Whatsapp mereka dan bukannya hadir untuk membuat kecoh.

Perlakuan seumpama samseng itu turut dirakam dan disiarkan di KiniTv dan menyebabkan ramai warga media berang dan tidak berpuas hati terhadap Hasnul, sebagai seorang kepimpinan anak muda bertindak di luar fikiran rasional.

Sebelum ini, terdapat juga komen daripada sesetengah wartawan yang keliru dengan penyusunan jadual tidak sistematik yang dijalankan di seluruh Kuala Kangsar untuk memberi ruang kepada calon mereka, iaitu Dr Ahmad Termizi Ramli.

Perikatan parti politik dan golongan wartawan sepatutnya berjalan dengan lancar agar tidak menimbulkan sebarang masalah di masa kelak.

Sewajarnya, Amanah wajar tampil dan melakukan satu kenyataan memohon maaf kepada semua wartawan untuk menjernihkan keadaan sebelum menempa nama buruk menjelang hari pengundian dalam masa dua hari lagi.


12 views0 comments
bottom of page