top of page
muinsapidin

Usaha Kerajaan Pusat Beri Manfaat Rakyat Perak

KUALA KANGSAR: Segala usaha pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan telah memberikan kesan positif dan memberi impak yang cukup besar kepada penjanaan ekonomi penduduk di negeri Perak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, dalam segala usaha itu juga, kerajaan Barisan Nadional (BN) tidak meminggirkan mana-mana golongan, sebaliknya memastikan ia dinikmati sama rata.

“Kerajaan BN tidak sekali-kali meminggirkan mana-mana golongan dalam melaksanakan pembangunan untuk kepentingan rakyat,” katanya semasa merasmikan program Ikatan Kasih Perpaduan di Dewan Persatuan India Kuala Kangsar pada Rabu.

Joseph turut menyeru kepada pengundi di Kuala Kangsar supaya tidak mudah terpedaya dengan propaganda palsu golongan tertentu mengenai kerajaan.

Katanya, permainan propaganda itu amat hebat digunakan menerusi media sosial sehingga perkara yang tidak betul dan kurang tepat boleh menjadi sebagai benar.

“Pengundi harus sentiasa meningkatkan kesedaran serta berwaspada dengan dakyah parti lawan yang tidak sahih, yang disebarkan melalui media sosial,” ujarnya.


26 views0 comments
bottom of page