top of page
muinsapidin

Undi Awal dan Pos Bukanlah Deposit BN

KUALA KANGSAR: Dakwaan pembangkang kononnya undi awal dan pos adalah deposit kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya disifatkan sebagai tidak berasas.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dakwaan itu hanyalah cubaan berterusan pembangkang yang berniat untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Menurut beliau, proses pengundian awal dan pos bertujuan memberi kemudahan kepada anggota keselamatan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebelum menjaga keselamatan pengundi lain.

"Dakwaan itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, undian awal bukanlah satu pendekatan untuk memberi kelebihan kepada BN, malah proses ini adalah secara telus dan terbukti memang bebas daripada sebarang anasir tidak baik.

"Tambahan pula, ia merupakan amalan biasa semasa pilihan raya melibatkan tentera, polis dan anggota keselamatan bagi memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan peralatan industri asas tani di Taman Bunga Raya, di sini pada petang Ahad.

Beliau yang juga merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang mendakwa proses undi pos dan awal hanya merupakan deposit terhadap kemenangan BN dalam proses pilihan raya.

Dalam satu sidang media di dalam satu sidang media semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegur bahawa konsep undian perlu menjadi lebih telus bagi mengelakkan penipuan.

Ahmad Shabery berkata, pembangkang sepatutnya sedar kekalahan mereka dalam

PRU ke-13 lalu adalah berpunca dari kelemahan sendiri yang gagal bersatu, selain

dipalit pelbagai skandal politik.

Tambahnya, kegagalan pembangkang meraih majoriti dalam undian awal dan pos juga adalah berpunca dari sikap dan perbuatan pemimpin mereka sendiri yang kerap

memaki hamun dan memburukkan anggota keselamatan.


16 views0 comments
bottom of page