top of page
muinsapidin

Ramly Diminta Ketepi Soal Hati

Sebagai ahli parti, (bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar) Datuk Ramly Zahari perlu mengetepikan soal perasaannya dan memegang prinsip parti iaitu kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti,”kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas luahan Ramly yang dikatakan terkejut dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Dr Zambry berkata, sebagai manusia biasa sememangnya mempunyai perasaan termasuk sedih, gembira, kecewa dan sebagainya namun sebagai seorang ahli parti, mereka mempunyai prinsip perjuangan yang perlu dipegang. Menurutnya, soal perasaan adalah satu perkara manakala soal perjuangan juga adalah perkara lain yang perlu mengatasi soal perasaan sendiri. “Apabila parti buat keputusan maka itu yang perlu kita akur. Saya percaya beliau adalah ahli politik lama sama ada di peringkat bahagian dan negeri. Dengan pengalaman yang ada lebih maklum tentang prinsip tersebut,”katanya. Jelasnya, beliau yakin Ramly akan berpegang pada prinsip itu seterusnya membantu calon BN untuk menang pada PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Dr Zambry mengakui mendengar mengenai perkara itu tetapi tidak sempat bertemu bagaimanapun telah menghubungi beliau selepas penamaan calon baru-baru ini. “Saya tidak kecewa (dengan kenyataan Ramly) kerana yang penting adalah keseluruhan parti perlu pegang kepada prinsip itu. Saya harap beliau tidak lari dari perjuangan dan dapat berikan dokongan yang terbaik pada PRK ini. “Paling utama adalah parti yang bertanding, ia bukan sentuh kepada individu kerana ahli parti bekerja untuk pastikan BN menang. Kita tidak boleh dengar keluh kesah mana-mana pihak yang boleh sebabkan kekalahan,”katanya. Tambahnya, setiap orang perlu memastikan BN memenangi PRK kali ini seterusnya mengekalkan kerusi berkenaan dan tidak memerlukan mana-mana pihak mengeruhkan keadaan yang menyumbang kepada kekalahan.


23 views0 comments
bottom of page