top of page
muinsapidin

Rafizi Perlekehkan Calon Wanita

KUALA KANGSAR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kelihatan semakin terdesak apabilamemperlekehkan kedua-dua calon wanita dengan mempersendakan dan mempertikaikan kredibiliti mereka.

Setiausaha Agung PKR itu juga bertindak melontarkan tohmahan berbaur seksis kepada kedua-dua calon wanita, seolah-olah mempersoalkan kedudukan Datin Mastura Mohd Yazid (BN) dan Dr Najihatussaleh Ahmad (PAS) sebagai seorang wanita yang berkemungkinan memimpin rakyat di Kuala Kangsar.

Berucap di hadapan penyokong Cina di Taman Seri Emas di sini, gurauan sinis dan tidak bertamadun itu merupakan rentetan daripada budaya mengejek pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kalau pilih UMNO, calon ini taraf dia hanya angkat beg Rosmah sahaja.

“Kalau pilih calon PAS (Dr Najihatussalehah) pun susah, sebab walaupun tak tahu dia angkat beg atau tidak, tapi kalau Rosmah ajak naik kapal terbang, kita tak tahu dia ikut, kalau dia ikut, mati kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan tersebut.

Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun, cuba meraih undi untuk calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli yang kelihatan hanya dieksploitasikan oleh Pakatan Harapan sebagai pentas sementara untuk isu pihak pembangkang.

“Kita sudah tahu apa kita mahu buat, kalau menang jadi wakil rakyat Kuale. Kalau Rosmah ajak naik jet, kita mahu cakap “sorry”.

“Kita mahu ambil balik ini jet, mau lelong, dan mahu kasi you ( Rosmah) lori, hantar you ke Sungai Buloh,” perlinya lagi .

Sepanjang masa berkempen, pihak pembangkang masih lagi berani mempersendakan peribadi calon BN, malah turut menyentuh kewibaan Perdana Menteri dan beberapa pucuk pimpinan lain.


8 views0 comments
bottom of page