top of page
muinsapidin

Amanah sengaja cetus povokasi untuk gugat BN

IPOH - BN menganggap Amanah sengaja membuat kenyataan berbentuk provokasi sebagai strategi untuk mengugat keyakinan dan kecenderungan masyarakat Kuala Kangsar terhadap BN.

adalah propaganda yang perlu dilakukan untuk menggugat keyakinan dan kecenderungan masyarakat Kuala Kangsar terhadap BN.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan tersebut merupakan tindakan terancang untuk menimbulkan suasana panik kepada BN namun tidak dinafikan turut memberi kesan baik dan buruk.

Menurut beliau, melalui kenyataan itu, ia sekali gus memberi ruang kepada BN untuk mengukuhkan peluang di kawasan berkenaan. “Kita faham mereka cuba alihkan perhatian terhadap masalah yang sedang mereka hadapi. Mereka gunakan ‘reverse psychology’dengan menuduh UMNO khususnya BN yang hadapi masalah tersebut. “Saya dapat tahu dapat sumber mereka juga, masalah pasukan dari Amanah untuk bekerja tiada kerana tidak mendapat sokongan orang-orang Kuala,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan juadah raya kepada pasukan keselamatan dan pasukan beruniform sempena sambutan Aidilfitri hari ini. Malah katanya, pengundi di Kuala Kangsar keliru sama ada yang bertanding itu Amanah atau DAP kerana segala jentera dan pergerakan termasuk memasang ‘billboard’ terdiri dari ahli DAP. “Ahli DAP pakai baju Amanah termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Dahulu ketika Pakatan Rakyat, mereka hanya pakai baju yang mempunyai logo kecil tetapi dengan Amanah terus pakai baju itu,”katanya. Dr Zambry berkata, masyarakat juga tidak faham sama ada ahli DAP sudah sertai Amanah atau tidak. Terdahulu, dalam sidang media kelmarin, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi mengakui sokongan yang diberikan kumpulan Deklarasi Rakyat memberikan impak positif kepada calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli malah terdapat peningkatan sokongan rakyat tempatan khususnya penyokong Umno.


28 views0 comments
bottom of page