top of page
muinsapidin

Masih Ada Masa PAS, UMNO Bekerjasama

KUALA KANGSAR: PAS dan UMNO masih mempunyai masa untuk menjalinkan kerjasama di dalam hubungan politik, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Justeru itu, Mahfuz berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai ‎Besar dan Kuala Kangsar boleh dijadikan medan permulaan untuk kerjasama kedua-dua parti.

"Bagi saya, masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 Jun untuk PAS dan UMNO/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini. "Contohnya, PAS membuat pengisytiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sungai Besar untuk UMNO/BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakkan pengundi PAS untuk mengundi dan menangkan calon UMN/BN," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin. Mahfuz berkata, UMNO/BN pula menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada PAS untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakkan pengundi BN mengundi dan memenangkan calon PAS. Menurut beliau, tindakan tersebut ‎akan lebih mudah difahami dari isyarat yang sukar kepada pengundi mengenai perihal itu. "Ini akan lebih menguntungkan dari kedua-dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini. Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity jangan tunggu lama-lama, nanti dia diambil orang," katanya yang pernah menolak tawaran untuk menyertai Amanah. Bekas Naib Presiden PAS itu berkata, hanya ketakutan Pimpinan PAS dan UMNO sahaja yang menghalang cadangannya untuk PRK ini. "Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu. Sedap pula seni kata lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat. Senyum!, Penyatuan PAS, UMNO suatu penantian," ujarnya.


24 views0 comments
bottom of page