top of page
muinsapidin

Teliti kandungan ceramah provokasi Rafizi

KUALA KANGSAR- Pihak polis diminta meneliti keseluruhan ucapan ceramah politik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berkempen di PRK Kuala Kangsar.‎

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata penelitian itu perlu terutama berkaitan penggunaan istilah yang digunakan dan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rafizi dalam ucapannya.

“Kita serahkan kepada pihak keselamatan bagi melihat keseluruhan ucapan beliau,” katanya kepada pemberita di majlis bersama pemimpin Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Daerah Kuala Kangsar di Dewan Taman Bukit Kerajaan Kuala Kangsar pada Isnin. Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menganggu ketenteraman penduduk Kuala Kangsar dalam satu ceramah politiknya untuk calon Parti Amanah Negara (PAN) di Manong baru-baru ini. Sehubungan itu Dr Zambry menasihati penduduk Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan rentak kempen politik pembangkang yang gemar memainkan isu-isu berbentuk provokasi dengan matlamat untuk memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan.

"Ceramah berbentuk panas yang cuba dimainkan pihak pembangkang perlu penelitian pihak polis,’’ katanya. Menurut Dr Zambry, penduduk Kuala Kangsar sebenarnya tidak gemar jenis ucapan berbentuk provokasi dan maki hamun terutamanya di bulan Ramadan . "Apabila ada pihak menjalankan ceramah berbentuk provokasi dan maki hamun di bulan yang mulia ini maka rakyat akan terfikir dan sedar sekaligus menolak dakyah pembangkang ini,” katanya. Sehubungan dengan itu beliau menasihati penceramah pembangkang mahupun Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati menggunakan perkataan yang boleh mencetuskan keresahan dan provokasi. Ditanya mengenai senario berkempen di saat akhir, beliau berkata, biarpun akan terdapat kempen agresif namun semua pihak hendaklah memastikan supaya keadaan keamanan dan keharmonian diberi perhatian.


8 views0 comments
bottom of page