top of page

Mekanisma Baharu Tangani Penyelewengan LPG Diperkenal

muinsapidin

KUALA KANGSAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan beberapa mekanisma baharu untuk membanteras isu ketirisan penjualan tong gas petroleum cecair (LPG). Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mekanisme itu hanya akan diumumkan selepas diluluskan oleh Kabinet tidak lama lagi.

"Saya telah memikirkan satu mekanisme baharu supaya selepas ini kami tidak akan beri peluang sindiket (penjualan LPG) ini melakukan keuntungan yang besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Himpunan Penguna Bersama KPDNKK di Sayong Resort di sini pada Ahad.

Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius perbuatan sindiket menjual barang subsidi itu yang disifatkannya sebagai pengkhianat dan akan memerangi mereka habis-habisan.

Beliau memberitahu, setakat ini, pihak KPDNKK telah membuat rampasan lebih RM20 juta dan dengan adanya mekanisma baharu, diharap dapat mengurangkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.


28 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page