top of page
muinsapidin

Dakwaan Naik GST Jika Menang PRK Tidak Masuk Akal

KUALA KANGSAR: Kementerian Kewangan menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebagai tidak masuk akal.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dakwaan pembangkang yang menyatakan GST akan dinaikkan daripada enam ke lapan peratus adalah tidak logik dan sengaja mahu mewujudkan sifat benci orang ramai kepada kerajaan.

"Tidak logik dan tidak masuk akal tiba-tiba kerajaan nak naikkan GST, kalau tengok dari segi sejarah politik, apa yang pembangkang ada untuk dia uar-uarkan bagi orang sokong?

"Melainkan dia (pembangkang) bangkitkan supaya orang ramai benci kepada kerajaan, jadi mereka reka pelbagai cerita," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Kelayakan dan inden Kerja Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Parlimen Kuala Kangsar pada Isnin.

Tegas beliau, Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dalam berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

"Bila kita tengok sekarang, apa yang kerajaan buat adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, kalau kita naik GST hingga dua peratus, jadi dia akan meningkat kepada kos barangan,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dianggotai oleh beberapa orang menteri, termasuk beliau sendiri.

“Kita hendak membantu kebajikan rakyat supaya dia (rakyat) mudah berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Ketika Forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat, pada Ahad, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman mendakwa kerajaan akan menaikkan GST sekirangan BN menang di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.


10 views0 comments
bottom of page