top of page
muinsapidin

Calon Amanah Akui Tidak Tahu Masalah Orang Kuale

KUALA KANGSAR: Ketika dua daripada lima agenda utama calon Barisan Nasional (BN) telah direalisasikan oleh kerajaan, calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli masih tercari-cari isu setempat yang diperlukan oleh penduduk Kuala Kangsar.

Mengakui beliau masih baru di dalam dunia politik dan belum menguasai selok-belok permasalahan dan suara rakyat di Kuala Kangsar, Dr Termizi berkata, beliau memerlukan sokongan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengenalpasti isu-isu penduduk setempat.

Walaupun hari pengundian hanya seminggu lagi, calon Amanah yang sepatutnya mewakili suara penduduk setempat itu berkata, isu nasional perlu diutamakan berbanding dengan isu setempat di Bandar Diraja itu.

"Kita akan usahakan secara swasta, bincangkan dengan NGO untuk membuat projek, tapi itu kecil, kamu tak boleh menyelesaikan masalah secara keseluruhannya.

"Besar pada orang tempatan, tapi bila kita tengok global dalam konteks nasional, benda itu relatively small," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di hadapan penyokong rata-rata kaum Cina di Jalan Dato Sagor, Talang pada Ahad malam.

Menurut Dr Termizi, isu nasional yang sering disuarakan oleh pimpinan Pakatan Harapan sewajarnya ditumpukan terlebih dahulu sebelum mengalihkan perhatian kepada isu setempat.

"Saya bukan semata-mata hendak mendapatkan undi tetapi saya perlu menguasai terlebih dahulu perkara-perkara ini kerana saya belum lama berada dalam politik, saya tak nak cakap sahaja tapi tidak realistic,” ujarnya.

Calon yang mendakwa anak jati Kuale itu tetai tidak tahu masalah masyarakat setempat itu kemudiannya memperlekehkan pengumuman mengenai kelulusan Jambatan Manong.

Dakwanya, ia cuma umpan pilihan raya dan propaganda kerajaan semata-mata.


31 views0 comments
bottom of page