KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggalakkan umat Islam untuk menjadikan bulan Ramadan sebagai medium untuk terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti ilmu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Al-Hashimiah Kampung Talang pada Ahad.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Katanya, antara perkara diberi keutamaan ialah menerima musafir untuk berbuka puasa di masjid, menjamu orang yang berbuka puasa dan mengimarahkan masjid.
"Kita perlu mencontohi masyarakat Ansar di Mekah yang meraikan orang terutamanya musafir untuk berbuka puasa," katanya.
Ujarnya, jiwa dan budaya Ansar untuk diterapkan dalam kehidupan seharian yang meraikan golongan musafir.
Tambahnya, penganjuran pelbagai aktiviti di masjid sempena PRK Kuala Kangsar adalah baik dan perlu diteruskan selepas ini.