top of page
muinsapidin

Hajat Terakhir Anggota RELA, Buka Pintu TPM Tertunai Sebelum Ajal

KUALA KANGSAR: "Arwah nak sangat membuka pintu kereta Timbalan Perdana Menteri, tapi tak sangka itu merupakan itu hajat terakhirnya sebelum menemui ajal ketika baru sahaja pulang daripada Program RELA bersama TPM di Manong.

Zainul Fuad Zahar, 50, yang merupakan Timbalan Ketua Platun RELA (Chandan) sempat menunaikan hasratnya yang terakhir untuk TPM sebelum terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Exora di Ulu Kenas dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Arwah disifatkan sebagai seorang yang mesra dan aktif dalam sempat memberitahu teman-temannya mengenai keterujaan beliau untuk membuka pintu bagi pemimpin kedua negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekitar jam 3 petang di SK Manong.

Pegawai Rela Daerah Kuala Kangsar, Jasni Mad Isa berkata, rakannya itu agak teruja untuk membuka pintu TPM berkat, malah sanggup membeli sarung tangan atau 'hand glove' baru untuk tujuan itu.

"Dia nak sangat buka pintu TPM ketika berkawal dalam program itu, saya kata tak apalah saya benarkan dia sebab dia beria-ia nak melakukannya.

"Sempat saya berjumpa dengannya di SK Manong sebelum bergerak balik ke bilik gerakan RELA. Sesampainya di sana sekitar 5 petang, saya diberitahu dan tergamam apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu.

"Saya terus cuba hubungi arwah, tapi tak dapat-dapat, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar di sini pada petang Ahad.

Jasni berkata, beliau kemudiannya bergegas ke tempat kejadian tetapi mayat rakan karib serta anak buahnya itu telah dialihkan dan hanya motor beliau yang masih di lokasi kejadian.

Katanya, pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar buat seluruh pasukan Rela Kuala Kangsar namun mereka redha dengan ajal yang telah tertulis buat arwah khususnya di bulan Ramadan.

S Veelavathy, 29, yang merupakan salah seorang teman karib arwah berkata, arwah merupakan seorang yang ceria dan sering mengusik beliau.

"Kami satu platun, dah dekat 10 tahun kami kenal, dan kalau Deepavali mesti dia datang ke rumah makan tosai sahaja kerjanya.

"Semalam, dia menelefon suami saya nak menunjuk-nunjuk la konon, dan bergurau kepada kami yang dia akan membuka pintu TPM.

"Tak sangka itu usikan, dan gelak ketawa yang kami dengar daripada beliau," katanya ketika ditemui dalam nada sebak.


11 views0 comments
bottom of page