KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdullah Ahmad, 80, meninggal dunia di KL 1.15 tengahari tadi akibat kanser.
Abdullah Ahmad atau Dollah Kok Lanas merupakan ahli politik UMNO / Barisan Nasional dari Kok Lanas, Kelantan.
Beliau dipanggil Abdullah Kok Lanas atau 'DKL' untuk membezakan beliau dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ramai penulis beranggapan beliau sangat berpengaruh pada zaman Tun Abdul Razak dan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1933 di Kampung Bandar, Kok Lanas, Kelantan.
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Fauzah Mohamad Darus, tiga anak dan beberapa orang cucu.