top of page
muinsapidin

Calon Bebas Terdesak, Isytihar Sokong Tun M

KUALA KANGSAR: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary seolah-olah terdesak menggunakan pentas Parti Amanah Negara (Amanah) untuk meraih undi daripada penyokong Kuala Kangsar.

Kehadiran beliau sedikit sebanyak mengelirukan orang ramai kerana pertama kali pertama hadir di khalayak umum setelah memasuki minggu kedua tempoh PRK Kuala Kangsar.

Malah, beliau dengan beraninya menyatakan sokongan penuh kepada agenda Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ucapan ringkas selama 10 minit itu.

"Majlis ini bukan untuk saya tetapi untuk orang lain, tolong sokong saya Izat Bukhary calon Bebas nombor satu.

"Tolong sokong saya, tolong sokong saya!", katanya ketika berucap dengan penuh semangat dalam ucapan beliau setelah diberikan ruang oleh pimpinan Amanah.

Berucap di hadapan kira-kira 300 penyokong Amanah, Izat Bukhary yang sebelum ini suram tanpa sebarang aktiviti tiba-tiba tampil dalam forum khusus buat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu.

Sambil menunjukkan pen iaitu simbolik penyertaannya dalam PRK, Izat cuba merayu undi penyokong Amanah dengan menandatangani Deklarasi Rakyat dan berdiri sepentas bersama Tun Mahathir dan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

"Saya hadir kerana Allah Taala, hari ini saya tak berniat untuk sepentas dengan Tun M tetapi saya mahu nyatakan bahawa saya sokong Tun M dan ini bukti saya," kata Izat sambil menurunkan tandatangannya di hadapan khalayak ramai.

Beliau melakukan semua itu di dalam forum 'Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat' di Taman Chandan Puteri, di sini pada Ahad.


8 views0 comments
bottom of page