top of page
muinsapidin

PM Umum Jambatan RM43.5 Juta Di Manong

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan projek pembinaan Jambatan Manong dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer berjumlah RM43.5 juta.

Beliau berkata, permintaan untuk membina jambatan itu sudah lama dinantikan oleh penduduk setempat justeru, sudah tiba masanya kelulusan itu diberikan.

"Saya ada hubungi Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadilah Yusoff), dia menyatakan memang penduduk di sini hendak sangat jambatan. Bukanlah jambatan macam Pulau Pinang, tapi yang sesuai (dengan kapasiti penggunaannya), yang perbelanjaannya berbaloi.

“Selepas mengadakan perbincangan, kerajaan berasa jambatan itu akan dibina dengan peruntukan RM43.5 juta bagi kemmudahan penduduk sekitar,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Huda Manong, Kuala Kangsar pada Jumaat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, exco kerajaan negeri dan anak-anak calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid.

Tambah beliau, kemudahan itu sudah lama diperlukan dan kononnya ada pelancaran serta majlis meletak batu asas seperti tuduhan pembangkang adalah “bidaah”.

Terdahulu Najib meluangkan masa melawat ke Bazar Ramadan di pekan Manong serta beramah mesra dengan masyarakat.


12 views0 comments
bottom of page