top of page
muinsapidin

Pemuda Perhebat Kempen Di Minggu Terakhir PRK

KUALA KANGSAR: Pergerakan Pemuda UMNO akan memperhebatkan lagi kempen dalam minggu terakhir untuk mempastikan pengundi muda pulang mengundi dalam PRK Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pengundi muda merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi bagi PRK Kuala Kangsar.

Menurut beliau, isu yang menjadi cabaran Pemuda ketika ini ialah untuk meyakinkan pengundi muda supaya pulang mengundi pada 18 Jun ini sekaligus memberikan undi kepada calon BN, Datin Mastura Yazid.

``Sebab itu saya nyatakan di sini pada minggu terakhir ini cabaran kita adalah untuk mempertahankan undi tersebut dengan memberi kemenangan kepada calon kita,’’ katanya kepada pemberita dalam Program Walkabout D Tebin NKPUM di Jeti Lembah, Kuala Kangsar pada Sabtu.

Beliau berkata, Pemuda UMNO menyambut baik pengumuman KUISAS sebagai universiti penuh dan kelulusan Jambatan Manong oleh Perdana Menteri semalam yang menurutnya membuktikan ketelusan kerajaan Persekutuan dalam memenuhi impian penduduk Kuala Kangsar.

"Ini merupakan perkara baik yang boleh dipasarkan oleh jentera Pemuda untuk meyakinkan pengundi muda agar kembali ke Kuala Kangsar pada 18 jun ini dan memberi kemenangan kepada Datin Mastura," ujarnya.

Mengenai program itu, Azwan berkata, Pemuda UMNO telah mengenalpasti lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang berada di sepanjang Sungai Perak iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Senggang, Seberang Manong, Kampung Mandah, Kampung Semat dan Manong.

"Jentera gerak gempur Pemuda akan menaiki bot enjin sangkut mudik sampai ke hilir dan singgah disetiap PDM dan kita akan berbuka puasa di PDM Ulu Piol,’’ katanya.


5 views0 comments
bottom of page