top of page
muinsapidin

BN Tolak Pendekatan Kempen Agresif

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang menggunakan pendekatan bersederhana dan bukan agresif dalam berkempen menghadapi PRK Kuala Kangsar.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, BN sentiasa mengutamakan kebenaran dan hanya membawa cerita-cerita yang benar di dalam kempennya.

"BN sentiasa mendahulukan agama dengan tidak membelakangkan bulan Ramadan sewaktu berkempen, berbanding pihak lawan yang mengambil pendekatan agresif," katanya di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Lempor di Rumah Rehat Parlimen Lenggong pada Sabtu.

Beliau berkata, walaupun PRK penting, namun BN sentiasa meletakkan agama di hadapan.

"UMNO dan BN sentiasa mematuhi apa yang dituntut oleh agama terutamanya ketika Ramadan, sebab itulah jentera kempen BN mengguna konsep bersederhana," ujarnya.

Sehubungan itu, Annuar menasihatkan penduduk Kuala Kangsar supaya membuat pilihan tepat untuk menentukan wakil mereka di Parlimen.

Jelasnya BN meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid bukan disebabkan calon itu sahaja tetapi adalah kerana dia mewakili kerajaan.

"Yang penting dia mewakili Barisan Nasional, dia mewakili Perdana Menteri dan kerajaan bagi memastikan tidak terputus keperluan rakyat di sini,kata Annuar.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke sini pada Ahad, Annuar berharap penduduk Kuala Kangsar tidak terpengaruh dengan apa yang ingin disampaikannya.

"Ini hanya kekecewaan dan rasa marah terhadap Najib, gambaran negara ini rosak dibawah pimpinan Najib perlu disokong dengan bukti," katanya.


31 views0 comments
bottom of page