top of page
muinsapidin

Rafizi Pula Perlekehkan PAS

KUALA KANGSAR: Selepas diperlekehkan oleh bekas teman sebantalnya Amanah, PAS terus menjadi sasaran pemimpin Pakatan Harapan.

Terbaharu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli parti Islam itu tidak akan berjaya membentuk sebuah kerajaan Persekutuan tanpa sokongan daripada kaum Cina.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, PAS tidak mampu membentuk kerajaan Persekutuan walaupun memenangi semua kerusi yang ditandinginya di Malaysia.

“PAS tidak cukup kerusi, mereka hanya bertanding di kerusi Melayu, kalau dia menang semua, dia tidak akan menang di kerusi majoriti Cina, dia tak menang di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika Ceramah Umum Pakatan Harapan di Kg Baru Manong, pada Khamis malam.

Rafizi mendakwa, hanya Pakatan Harapan yang menggabungkan tiga parti – DAP, PKR dan Amanah – yang boleh menukar kerajaan.

Katanya, meskipun PAS memenangi semua kerusi di Malaysia, Putrajaya masih lagi milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, misi utama pihak pembangkang adalah untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional dan menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


15 views0 comments
bottom of page