KUALA KANGSAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat bazar Ramadan Manong di sini 5 petang tadi. Kehadiran beliau turut diiringi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta anak-anak allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad iaitu Wan Emir, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Ammar.
Beliau yang melawat bazar itu kira-kira 30 minit turut membeli beberapa juadah, malah orang ramai turut mengambil kesempatan dan bergambar bersama beliau. Dalam pada itu Najib turut mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai yang ada di bazar berkenaan. Beliau akan menghadiri Program Semarak Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat di Masjid Nurul Huda, Manong.