top of page
muinsapidin

Penduduk Kuala Kangsar Diminta Pilih Mastura

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru penduduk Kuala Kangsar untuk meletakkan kepercayaan dan memilih calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Beliau yakin, Mastura melaksanakan perancangan pembangunan yang dibuat, sekiranya diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

"Saya kenal Datin Mastura, dia macam suami dia, arwah Datuk Wan Khair-il Anuar dan saya yakin dia akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik kepada semua kaum.

"Dan saya tahu, kaum Cina merupakan kaum yang amat praktikal, yang menginginkan keharmonian dan keamanan, justeru itu, sokonglah calon BN, yang boleh membawa semua ini di Kuala Kangsar,” katanya ketika berucap dalam Program Bersama Masyarakat Cina di SM Tsung Wah di sini pada Jumaat.

Najib berkata, nilai perpaduan dan kepelbagaian kaum adalah tunjang utama kepada pembentukan Malaysia yang kini aman dan harmoni di mata dunia.

Menurut beliau, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda, visi dan misi yang jelas untuk rakyat.

Jelasnya, nilai kesederhanaan merupakan prinsip utama kerajaan Barisan Nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai sebua negara yang mantap dan holistik dari segi ekonominya.

Katanya, semua itu amat bergantung kepada kekuatan sokongan kaum Cina melalui parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan untuk menentukan perancangan tersebut dapat dijalankan dengan lebih lancar.


21 views0 comments
bottom of page