top of page
muinsapidin

PAS Beri Isyarat Akan Buat Kejutan Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: PAS memberi isyarat jelas bahawa parti itu bakal membuat kejutan dengan merampas kerusi Parlimen Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu, 18 Jun ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, ia berdasarkan kepada penerimaan masyarakat setempat yang menyambut baik kedatangan mereka dan boleh menerima segala maklumat disampaikan.

Menurutnya, situasi itu jelas berbeza dengan beberapa pilihan raya yang lalu di mana ada peraih undi dari PAS dihalau apabila mereka memasuki kawasan kubu kuat UMNO.

"Setakat ini, bila kita pergi dari rumah ke rumah, semuanya melayan kami dengan baik termasuk juga orang UMNO.

“Setakat ini, tempat yang kita pergi memang kawasan kuat Umno tapi mereka beri sambutan baik," katanya dalam sidang media di Markas PAS Kuala Kangsar, di sini, pada Jumaat petang.


8 views0 comments
bottom of page