top of page
muinsapidin

Kerajaan Sentiasa Iktiraf Sekolah Aliran Swasta

KUALA KANGSAR: Kerajaan sentiasa mempastikan pembangunan prasarana di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara menjadi keutamaan untuk memperkasakan kecemerlangan pendidikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara kaum, malah isu pendidikan merupakan sesuatu yang amat dekat di hati beliau.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa mengamalkan nilai kaum Cina iaitu 'zhong yuk" atau wasatiyah yang mempunyai banyak persamaannya meskipun berbeza dari segi akidah.

"Saya amat menghormati kaum Cina kerana bagi aliran pendidikan di sekolah swasta atau persendirian, saya mendapat tahu bahawa ramai ibubapa yang memberi sumbangan peribadi kepada pembangunan sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar dengan baik dan selesa.

"Ini membuktikan betapa kaum Cina memandang tinggi soal pendidikan dan bagi saya nilai ini amat saya hargai dan cukup saya kagumi," katanya dalam ucapan dalam Program Bersama Masyarakat Cina di SM Tsung Wah, di sini pada petang Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mempastikan aliran pendidikan swasta tidak terlepas daripada pelaksanaan pendidikan nasional, malah mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada penyumbang utama kepada nilai perpaduan dan kesepakatan kaum di negara ini.

Menurut Najib, beliau telah membuat beberapa keputusan sewaktu menjadi Menteri Pendidikan, khususnya untuk pemerkasaan pendidikan di setiap sekolah di negara ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan bagi pembinaan sebuah bangunan pentadbiran serba baru di SM Tsung Wah yang telah dinantikan sekian lama.

"Kami berharap, agar keikhlasan ini dapat disambut baik oleh penduduk di Kuala Kangsar dan usaha Barisan Nasional dalam sentiasa mengutamakan perpaduan dan keharmonian kaum melalui pendidikan," katanya.

Beliau juga amat menghargai usaha kerajaan negeri Perak yang akan memberikan peruntukan sebanyak RM400,000 setahun khusus bagi sembilan buah sekolah swasta di negeri ini.


26 views0 comments
bottom of page