top of page
muinsapidin

Pembangkang Tabur Fitnah, Cemarkan Keharmonian Penduduk

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd Kamil Shafie mengecam segelintir penceramah parti pembangkang yang cuba menabur fitnah

sehingga mencemarkan keharmonian penduduk Kuala Kangsar.

Menurut beliau, lebih mendukacitakan lagi apabila mereka langsung tidak menghormati Ramadan kerana mengadakan ceramah ketika umat Islam sedang menunaikan solat Terawih.

Kamil berkata, ada di kalangan penceramah pembangkang mengadakan kempen tidak jauh daripada masjid atau surau, ketika waktu sembahyang Terawih sehingga menganggu jemaah.

“Ini tidak wajar, kenapa tidak berkempen selepas solat Terawih,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pusat Media di Kuala Kangsar pada Khamis.

Menurut Kamil, mengikut sejarah, senario pilihan raya di Kuala Kangsar sentiasa harmoni dan belum pernah tercemar dengan unsur-unsur negative.

“Kali ini berlainan sekali apatah lagi di bulan Ramadan di mana terdapat segelintir penceramah memainkan isu sensitif dan kontroversi dan banyak papan kenyataan dipaparkan dengan unsur fitnah,” ujarnya.

Beliau memberikan contoh, isu Jambatan Manong yang didakwa kononnya sudah tiga kali pecah tanah tetapi sebenarnya belum pernah diadakan majlis seumpama itu.

“Sebenarnya isu Jambatan Manong tidak pernah sekalipun pecah tanah dan ia hanya polimek golongan tertentu yang ingin mendapat keuntungan politik,” katanya sambil menambah, bukanlah perkara mudah merelasasikan projek itu.

Bagaimanapun, Kamil percaya bahawa penduduk Kuala Kangsar akan menolak pembangkang kerana yakin hanya BN sahaja yang mampu membela nasib dan masa depan mereka.


28 views0 comments
bottom of page