top of page
muinsapidin

Nizar Minta Maaf Daripada Mastura

KUALA KANGSAR: Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan terhadap pencalonan Datin Mastura Yazid akhirnya memohon maaf.

ADUN Changkat Jering itu dalam satu kenyataannya memohon maaf daripada keluarga Mastura di dalam konteks ucapannya yang menjurus kepada status kelayakan calon BN tersebut hanya disebabkan masih berada dalam tempoh iddah.

Beliau mendakwa, ucapannya dipetik di luar konteks dan cuba berdrama kononnya sebagai seorang suami dan bapa, beliau dapat merasakan kesedihan yang dirasai seisi keluarga arwah Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Saya tidak berniat menghina atau berandaian negatif kepada mana-mana pihak, khususnya keluarga mereka, malah saya juga dengan panjang lebar telah mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.


3 views0 comments
bottom of page