top of page
muinsapidin

Mastura Maafkan Nizar Jamaludin

KUALA KANGSAR: Calon BN PRK Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memaafkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataan mantan Menteri Besar Perak itu yang menguris hati beliau dan keluarganya.

Bagaimanapun, beliau mengakui, sebagai manusia biasa, kenyataan Nizar itu memang menguris hatinya dan keluarga.

"Sebagai seorang manusia biasa saya seperti juga saudara-saudari sekalian, semestinya perkataan-perkataan itu menguris hati saya dan anak-anak, tapi saya maaf YB Datuk Seri Nizar sebab saya percaya Allah Ta ala akan menunjukkan kebenaran yang sebenarnya pada kita semua,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Kuala Kangsar pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakkan Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kempen politiknya berhubung nahas melibatkan Allahyarham Datuk Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Kepada soalan lain, Mastura menjelaskan bahawa beliau bukan calon paksa dan tidak pernah dipaksa.

"Isu calon paksa, saya bukan calon paksa, saya tak pernah dipaksa, saya buat ini semua atas kerelaan hati saya sendiri dan saya rasakan harus meneruskan perjuangan arwah untuk membantu orang Kuala,’’ ujarnya.

Beliau turut menyifatkan jentera pilihan raya BN sebagai hebat berpandukan kepada beberapa pilihan raya umum lalu dan yakin dapat membantu mempastikan kemenangan kepada BN pada PRK ini.

``Saya yakin dengan jentera pilihan raya BN di luar sana, saya telah menyaksikan kehebatan mereka dalam beberapa pilihan raya umum lalu dan suami saya sendiri telah terlibat dengan dua pilihanraya sebelum ini, jadi saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN,’’ katanya.

Mastura memberitahu, beliau amat menitik beratkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang Kuala Kangsar.

``Jadi berilah saya peluang untuk memikirkan dan menjalankan agenda untuk orang Kuala dan isu-isu tersebut biarlah saya fikirkan setelah selesai pilihanraya kecil ini,’’ katanya.


8 views0 comments
bottom of page