top of page

Impian Mastura Realisasikan Lima Perkara Untuk Orang Kuala Kangsar

muinsapidin

KUALA KANGSAR: Calon BN PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid menyatakan impiannya untuk merealisasikan agenda lima perkara bagi memenuhi harapan penduduk Kuala Kangsar.

Beliau berkata, lima agenda itu ialah pertama menaikkan taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti awam, kedua menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong, ketiga memohon kelulusan projek membesar jalan Manong-Kuala Kangsar, keempat menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan kelima membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

Menurut Mastura, kebanyakkan agenda itu adalah dari pemikiran arwah suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad sendiri tetapi belum kesampaian.

"Sebenarnya kebanyakkan yang ada di dalam senarai ini adalah pemikiran arwah Datuk sendiri dan beliau telah mengesyorkan begitu kuat sekali tetapi sampai sekarang tidak kesampaian, jadi saya harap saya akan menjadi agen untuk merialisasikan kelima perkara ini demi orang Kuala,’’ katanya kepada pemberita dalam satu siding media di kediamannya di Kuala Kangsar pada Khamis.

Turut hadir Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Mastura berkata, bagi merealisasikan kelima-lima perkara itu, beliau akan berusaha sekuat mungkin dengan kerajaan Pusat dan juga semua jabatan kerajaan di sini.

"Saya akan berusaha sekuat mungkin, saya pun tidak banyak masa, hanya dua tahun lebih kurang, jadi saya perlu bekerjasama di peringkat Pusat dan juga pejabat dan jabatan kerajaan di sini untuk memastikan orang Kuala dapat apa yang mereka impikan ini,’’ katanya.


35 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page