top of page
muinsapidin

Perak Pastikan KUISAS Bertaraf IPTA

KUALA KANGSAR- Kerajaan negeri akan mempastikan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) menjadi sebuah universiti bertaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini penting kerana KUISAS berjaya menjadi pencetus kepada pertumbuhan pembangunan di kawasan Kuala Kangsar.

Menurut beliau, perkara itu juga menjadi harapan calon Barisan Nasional (BN) P067 Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid supaya diberikan penekanan kepada keperluan ini selain keperluan asas di kawasan ini.

“Kita telah berbincang supaya dapat kemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan insya Allah, saya akan bantu beliau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada Rabu.

Dr Zambry turut mengulangi kenyataannya bahawa pertumbuhan negeri Perak kini lebih baik berbanding dahulu, malah pernah mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Malaysia sebanyak 7.1 peratus.


35 views0 comments
bottom of page