top of page

Nizar Mengaku Beri Tanah Pada Kaum Cina Sahaja

muinsapidin

KUALA KANGSAR: Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mengakui pernah memberi 1,000 ekar tanah untuk kegunaan persendirian kepada perkampungan kaum Cina di sekitar Perak sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar Perak selama 11 bulan pada tahun 2008.

Nizar yang juga Ketua Pembangkang Negeri Perak berkata, tanah itu diberikan untuk membantu pembangunan sekolah sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang terdiri hanya dari kaum Cina.

Selain itu, Nizar juga mendedahkan sejumlah tanah dari Gerik sampai ke Tapah diberikan kelulusan untuk mereka yang telah lama menetap di kawasan itu.

"Kita bagi mereka tanah untuk usahakan, mereka tanam kelapa sawit dan hasilnya mereka boleh bagi antara 9 sekolah swasta Cina itu.

"Kita beri mereka 'title dan hak untuk diluluskan tanah itu, inilah kerajaan Pakatan Rakyat dahulu," katanya kepada pemberita selepas memberi ceramah di Taman Rekreasi Jerlun, Kg Baru Jerlun pada Selasa malam.

Menurut Nizar, kerajaan Pakatan Hadapan akan meneruskan dasar 'memberi' hadiah kepada rakyat sekiranya calon Amanah menang dalam Pilihan Raya Kecil ( PRK) kali ini.

Sebelum ini, pada tahun 2008, Nizar pernah dikecam oleh pemimpin PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali ketika bercadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di Perak dengan milikan kekal 999 tahun. Ianya dikatakan bercanggah dengan sistem pemberian tanah di zaman selepas merdeka yang hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.

Selain itu, pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari, hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja malah bersifat perkauman hanya untuk memancing undi kaum Cina.

Nizar, yang jelas menunjukkan pemilihan pemberian tanah bersifat berat sebelah hanya kepada satu kaum itu turut mencemuh kepimpinan kerajaan negeri dan pusat.


231 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page