KUALA KANGSAR: Kesibukan tugas tidak menghalang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendekati rakyat apatah lagi ketika umat Islam sedang sibuk menyambut Ramadan.
Di kesempatan itu beliau telah meluangkan masa untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar.
Ketibaan beliau pada jam 5.30 petang dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta dua orang anak mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Emir Astar dan Wan Iskandar menarik perhatian orang ramai di situ.
Zahid sempat beramah mesra dengan beberapa orang penjual makanan sambil membeli juadah makanan kegemarannya seperti kari kepala ikan dan yong tau foo sebelum beredar.