top of page
muinsapidin

PAS Akan Gagal Di PRK Kuala Kangsar – Mat Sabu

KUALA KANGSAR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Mat Sabu berkata, PAS akan gagal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sekiranya mereka terus ingin bertanding.

Katanya, PAS secara bersendirian, tidak akan berjaya memenangi undi pada PRK itu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) melainkan mereka mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

Sambil mengakui pernah berbincang dengan rakan-rakannya di dalam PAS, bekas Timbalan Presiden parti itu mendakwa, terdapat ahli PAS yang akan mengundi calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

“Saya dah jadi jurukempen untuk PAS lebih daripada 30 tahun dan saya tahu, melainkan PAS berada di bawah Pakatan Harapan mereka tidak akan menang.

“Saya dah jumpa ramai dan mereka akan mengundi calon Pakatan Harapan, kalau dia sendiri, tidak boleh pergi,” katanya kepada pemberita berceramah Kg Sayong Lembah di sini pada Isnin malam.

Mat Sabu berpesan kepada `adik-adiknya’ di dalam PAS, mereka boleh kekal di dalam parti tersebut tetapi mengundilah calon Amanah, jika tidak, mustahil untuk mereka menumpaskan BN.

“PAS bila bersendirian, dia makin kuat, bukan makin lemah tetapi sukar untuk menang dalam PRK, yang bercakap ini bukan sembarangan orang, ini bekas Timbalan Presiden ertinya bukan ‘cokia’,” katanya ketika berucap.

Dalam pada itu, Mat Sabu mengakui Amanah yang baru berusia setahun jagung masih belum kuat dan tidak akan memenangi undi penduduk setempat tanpa sokongan rakan-rakannya dalam PH, termasuk DAP.


4 views0 comments
bottom of page