top of page
muinsapidin

Nizar Cabar Kenyataan Mufti, Persoal Iddah

KUALA KANGSAR: ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin terus mempertikaikan kenyataan beberapa ulamak dan mufti mengenai hukum iddah calon BN pada PRK Kuala Kangsar.

Nizar turut cuba mencampuri urusan UMNO apabila mempertikaikan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon mewakili parti Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar.

Dakwanya, seseorang isteri yang melalui tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari perlu bersendirian, mengenangkan kesedihan kehilangan suami di rumah dan tidak wajar dipilih sebagai calon.

“Tetapi UMNO tak reti bahasa…mereka sengaja tak mahu memilih calon lain, walaupun Datin itu sendiri berkelayakan tetapi mereka harus menghormati dia dan kesedihannya,” katanya ketika berceramah di Kg Sayong Lembah pada lewat malam Isnin.

Sebelum ini, beberapa tokoh agama, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa Mastura boleh bertanding walaupun menjalani tempoh iddah.

Harussani berkata, Mastura tidak dibenarkan keluar untuk berkempen tetapi boleh menerima tetamu di rumahnya.

Dr Zulkifli pula berkata, calon BN itu boleh menggunakan alternatif lain untuk berkempen seperti penggunaan teknologi maklumat.


12 views0 comments
bottom of page