KUALA KANGSAR: Tindakan Pakatan Harapan mengadakan ceramah umum ketika waktu solat Terawih mula mengundang rasa tidak senang di kalangan umat Islam termasuklah golongan media.
Gambar Hiasan
Di dalam aplikasi satu kumpulan Whatsapp yang memberitahu, sesi ceramah kepimpinan PH akan bermula sekitar 7.30 seterusnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan wartawan dan jurugambar yang ingin membuat liputan.
Alasan utama mereka, bahawa kawasan itu merupakan penempatan kaum Cina dan paling tidak logik,
"Calon bergerak tidak ikut kesesuaian media. Media ikutlah calon di masa yang sesuai, kami pun faham situasi media”, itulah antara jawapan yang diberikan apabila mula dipersoalkan media.
Antara komen-komen dalam group Whatsapp tersebut berbaur seperti mempersoalkan mengapa tidak disediakan juadah berbuka, memilih waktu tidak sesuai, malah tidak kurang yang menegur tindakan parti tersebut.
Komen-komen daripada media adalah antaranya - ' ada sediakan berbuka ke kat sana?; makan kenyang-kenyang, kang makan angin pulak nanti; 7.30 pm bukan waktu umat Islam berbuka puasa ke?; mohon hormat, kami media Islam nak berbuka puasa; harap saling faham memahami; tapi,camne nak solat terawih ni?
"Mohon, sekali lagi janganlah buat media terkebil kebil memikirkan lokasi calon dan tanggungjawab agama; kami pun faham situasi tetapi untuk berbuat sebegini, lebih afdal untuk dielakkan; mohon kerjasama.
Kesemua persoalan dan keluahan media itu hanya dibalas dengan pesanan ringkas wakil Amanah, yang berbunyi - program start awal, difahamkan calon akan datang selepas terawih, yang lain akan start dulu dengan ucapan pimpinan-ucapan lain,
Sebelum ini, terdapat beberapa kepincangan pengurusan waktu oleh Amanah yang sehingga membuatkan media tertunggu-tunggu selama lebih dua jam untuk calon mengedarkan risalah dan sebagainya.
Malah, mungkin ini merupakan taktik murahan untuk memanggil kaum CIna sahaja yang tidak perlu menunaikan hukum agama dan melakukan intipati ceramah dengan agenda tersembunyi.