top of page
muinsapidin

Amanah Tempelak PAS Kerana Tuduh Mereka Beri Tongkat Pada BN

KUALA KANGSAR- Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menegaskan penyertaan mereka dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar bukan sekadar suka-suka, sebaliknya sebagai batu loncatan untuk menggantikan kerajaan yang sedia ada.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, menafikan dakwaan `saudara lama mereka’, PAS, kononnya Amanah memberi tongkat kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, mereka tidak pernah memberi tongkat kepada BN kerana motto mereka ialah berlawan untuk membentuk kerajaan, bukan untuk menjadi penasihat.

"Kita juga akan bangkitkan isu rakyat setempat selain takkan ambil pendekatan untuk tidak menyeserang BN," katanya ketika sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar, di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Naib Pengerusi PAS, Idris Ahmad berpendapat tindakan Amanah menyertai PRK tersebut umpama memberi tongkat kepada BN untuk mengekalkan kemenangan.

Asmuni mengakui calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli agak sukar ditemui oleh pihak media kerana sibuk dengan jadual yang telah disusun sebelum ini.

Beliau berkata, pendekatan itu juga terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan kesulitan daripada berlaku.

"Jadi kalau kami biarkan pihak tuan (media) menganggu, ia akan merencatkan perjalanan calon yang telah disusun sebelum ini," katanya.


29 views0 comments
bottom of page