top of page

PAN Yakin Dapat Sokongan Pengundi Bandar

  • muinsapidin
  • Jun 6, 2016
  • 1 min read

KUALA KANGSAR: Parti Amanah Negara (PAN) yakin pengundi kawasan bandar akan memberi sokongan kepada mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Calonnya, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, pihaknya juga akan menggunakan kempen bersemuka kerana yakin ia merupakan pendekatan terbaik sepanjang PRK Kuala Kangsar itu.

Katanya, beliau akan menggunakan pendekatan tersebut untuk berjumpa dengan seberapa ramai pengundi dan masyarakat setempat di sekitar Bandar Diraja tersebut.

"Saya yakin pengundi kawasan bandar akan memihak kepada PAN," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen di Jalan Kangsar, di sini pada Isnin.

Beliau juga dilihat mengedarkan risalah PAN kepada penduduk dan peniaga dari pelbagai kaum sepanjang proses berkempennya yang bermula kira-kira jam 11.45 pagi itu.


Comments


bottom of page