top of page

Calon Bebas Kuala Kangsar Guris Hati Wanita

  • muinsapidin
  • Jun 6, 2016
  • 1 min read

KUALA KANGSAR: Kenyataan calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 49, bahawa wanita tidak layak menjadi pemimpin disifatkan merendahkan keupayaan golongan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kenyataan bekas calon Bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka itu juga merupakan satu penghinaan dan mengguris hati golongan wanita.

“Saya fikir kenyataan itu sudah tentu mengguris hati golongan wanita. Dia seolah-olah menghina keupayaan wanita untuk menjadi wakil rakyat kepada kawasan seperti di Kuala Kangsar.

“Apabila memperkecilkan keupayaan wanita dengan tidak boleh bertanding, ia bukan satu sikap yang baik bagi seseorang yang konon-kononnya mahu bertanding sebagai ahli Parlimen atau wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di sini pada Isnin.


Comments


bottom of page