top of page
muinsapidin

Syed Rosli Buat U-Turn ‎saat akhir

KUALA KANGSAR - Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan dirinya tidak bertanding selaku calon bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, hari ini.

Syed Rosli dikatakan mengambil keputusan tidak bertanding di saat akhir dua jam sebelum proses penamaan calon bermula.

Beliau berkata, tindakannya membuat 'u-turn' kerana masih sayangkan Umno walaupun tidak berpuashati dengan pemilihan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam Umno yang banyak berjasa kepada saya ,bangsa melayu dan negara.

"Selepas mendengar nasihat dari beberapa orang lama di dalam Umno iaitu supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun telah membuat keputusan disaat akhir dengan tidak meneruskan niat untuk bertanding," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Baru-baru ini, Syed Rosli mengambil tindakan untuk menjadi calon bebas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti memilih Mastura sebagai calon BN.

Beliau juga mencetus kontroversi dengan menggunakan kata-kata kesat ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannnya itu dipengaruhi oleh perasaan marah serta kecewa terhadap pemilihan Mastura.


8 views0 comments
bottom of page