top of page
muinsapidin

Jentera BN Sedia Tangkis Tohmahan Terhadap Mastura – Hishammuddin

KUALA KANGSAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sedia menangkis segala tohmahan terhadap calonnya Datin Mastura Mohd Yazid pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Menurut Hishammuddin, Mastura kini menjadi sasaran pihak tertentu yang membuat pelbagai tohmahan di media sosial, termasuk dakwaan kononnya pengundi akan berdosa jika mengundi calon yang masih dalam iddah. "Jangan terikut-ikut, saya yakin pengundi bijak berfikir siapa yang akan mewakili suara mereka ke Parlimen nanti," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini pada Ahad.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata jentera BN bersedia berdepan dengan cabaran media baharu bagi menangkis sentimen negatif itu di sepanjang tempoh kempen.


15 views0 comments
bottom of page