top of page
muinsapidin

Hishammuddin Ketuai BN Pada Penamaan Calon PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar bermula pada Ahad dengan kehadiran penyokong-penyokong parti yang bertanding di perkarangan Dewan Jubli, Kuala Kangsar.

Bermula jam 9 pagi, Barisan Nasional (BN) diketuai oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussain yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia.

Turut mengiringi beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Shahrizat Abdul Jalil serta pemimpin parti komponen BN.

Hadir sama Presiden Gerakan, Datuk Dr Mah Siew Keong, Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam.

Empat anak bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Mereka ialah Wan Emir Astar,26, Wan Imar Izzat,24, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar,19 turut hadir bersama-sama bapa Datin Mastura Mohd Yazid, Datuk Mohd Yazid Baba.

Selain itu tinjauan Suara Perak mendapati suasana proses penamaan calon setakat ini berjala lancar.


5 views0 comments
bottom of page