top of page
muinsapidin

Bilangan Doktor Pakar Akan Ditambah

KUALA KANGSAR: Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, usaha sedang dibuat oleh Kementerian bagi menambah bilangan doktor pakar sebagai mengatasi masalah itu.

Gambar Hiasan

Beliau berkata, setakat ini pihak kementerian telah melatih seramai 500 orang doktor pakar setahun dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.

"Walaupun kita melatih 500 doktor pakar setahun, namun terdapat lebih kurang 150 orang yang berhenti perkhidmatan dan kita sedang berusaha untuk mengisi kekosongan itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar pada Ahad.

Menurut beliau, kerajaan juga bercadang untuk menjadikan Hospital Kuala Kangsar sebagai hospital mini pakar dengan menempatkan beberapa orang doktor pakar untuk menangani masalah pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran.

"Kita akan menempatkan sekurang-kurangnya dua orang doktor pakar di hospital mini pakar di Kuala Kangsar," kata Dr. Hilmi.


8 views0 comments
bottom of page