KUALA KANGSAR 5 Jun - Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohamad Kamil Shafie menyerahkan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini hari
Mohd. Kamil tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak di sini bersama pencadang, ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan masuk ke dewan penamaan tepat pukul 9 pagi.
Mengiringi wakil calon BN ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Turut hadir kesemua empat anak Mastura iaitu Wan Emir Astar Wan Muhammad Khair-il Anuar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar, Wan Muhammad Amar dan bapanya, Datuk Mohd Yazid Baba.