KUALA KANGSAR – Anak sulong Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Wan Emir Astar memimpin majlis tahlil untuk ayahnya di kediaman mereka di sini pada Jumaat malam.
Majlis yang bermula kira-kira jam 9.30 malam itu dianjurkan oleh mantan Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia bermula tahun 1998.
Hadir sama di majlis itu ialah beberapa mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari seluruh negara dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Di bawah kepimpinan Hishammuddin, Allahyarham Wan Khair-il telah diberi kepercayaan menjadi Bendahari Pemuda UMNO Malaysia.