top of page
muinsapidin

BN Beri Yang Terbaik Kepada Rakyat Ketika Senang Dan Susah

KUALA KANGSAR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang konsisten yang memberikan yang terbaik kepada rakyat, sama ada pada waktu senang, mahupun ketika susah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada waktu senang, BN memberikan pelbagai bentuk pembangunan kepada rakyat.

Menurut beliau, pembangunan yang dapat dilihat pada hari ini adalah hasil perjuangan yang telah dibuat dan dibuktikan oleh BN.

“Parti lain tidak ada bukti lagi, tidak ada sebarang rekod yang yang baik mengenai bentuk sumbangan, mereka hanya menunjukkan sentiasa berebut kerusi, berbalah sesama sendiri, itu sahaja.

“Kalau parti itu dilihat tidak dapat bersatu, sudah tentu ia tidak dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Moh Kita Ke Kuale dan Ramah Mesra Bersama YB Datuk Srei Ahmad Shabery Cheek di tapak My Best Buy Pasar Tani Kuala Kangsar pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu , kata beliau, sandaran yang terbaik untuk rakyat, baik di Kuala Kangsar mahupun di Sungai Besar ialah pada BN.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pengundi-pengundi tidak harus terjebak dengan dakyah-dakyah pembangkang, sebaliknya memberi komitmen kepada BN untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

“Misalnya kalau isu yang ditimbulkan mengenai GST, kita boleh bayangkan tanpa GST hari ini dengan kejatuhan harga minyak kelapa sawit dan sebagainya, pendapatan negara yang berkurangan, kemungkinan kita berhadapan dengan lebih parah lagi.

“Tetapi berkat kesabaran, GST adalah satu program daripada rakyat yang dikembalikan kepada rakyat kembali dan rakyat yang akan mendapatnya,” ujarnya.


8 views0 comments
bottom of page