top of page
muinsapidin

Karnival Kerjaya Pemuda BN Tawar 5,000 Peluang Pekerjaan

KUALA KANGSAR - Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang akan berlangsung selama dua hari bermula 11 Jun ini bakal menawarkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan, melibatkan syarikat dalam dan luar negara.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairul Azwan Harun berkata, karnival yang akan diadakan di dataran pavillion Kuala Kangsar itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir manakala penutupnya oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Karnival akan menampilkan hampir 100 majikan yang menawarkan peluang pekerjaan termasuk Up scalling dan Rescalling sebanyak 5,000 di dalam dan juga luar Perak.

“Turut ada dalam karnival ini ialah peluang Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) yang menjadi perjuang kita.

"Kita mahu ianya menjadi pilih pertama dan bukan kedua,” katanya pada satu sidang media khas di Kuala Kangsar pada Khamis. Pihaknya turut menyasarkan lebih 10,000 rakyat Perak akan menghadiri karnival kerjaya yang dianjurkan bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia Malaysia, khususnya Perak.

“Kita masih mempunyai kadar pengangguran yang ketara tetapi pendekatan begini saya fikir boleh memberi peluang kepada belia ini mencuba nasib, terutamanya mereka yang masih lagi tercari-cari pekerjaan sesuai.

“Jadi untuk belia di Kuala Kangsar, Perak atau pun mana-mana negeri perlu merebut peluang yang disediakan ini kerana pekerjaan yang ditawarkan bukan sahaja bertempat di Perak,” jelasnya.

Karnival itu juga merupakan hasil kerjasama di antara Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA).


19 views0 comments
bottom of page